Resit Online
Buat resit online dalam 5 saat
Percuma untuk peniaga, persatuan, kelab, sekolah dan agensi. PDF atau PNG ke WhatsApp.
Your Organisation
Receipt For
-
Amount Paid
RM0.00
Date
Payment Method
Tunai
Receipt Number
RCP-PREVIEW
Pratonton — nombor rasmi dijana selepas anda simpan dalam akaun.
Dipercayai agensi kerajaan, universiti, sekolah dan persatuan di Malaysia
Masalah yang sering menghantui anda
Uruskan resit secara manual selalu berakhir dengan kerja berganda.
- 01
Resit manual hilang atau rosak
Pelanggan minta salinan, tapi buku resit dah koyak atau hilang, rekod pun lenyap sekali.
- 02
Tulis resit makan masa
Setiap resit kena tulis tangan satu per satu, lepas tu hantar pula. Lambat dan menyusahkan.
- 03
Rekod bersepah merata
Ada dalam buku, ada dalam WhatsApp, ada yang langsung tak direkod. Susah nak jejak.
- 04
Sukar semak siapa dah bayar
Nak tahu siapa belum bayar makan masa, lagi-lagi kalau tiada rekod digital.
Tiga langkah, resit siap
- 01
Isi maklumat
Nama pelanggan, jumlah dan kaedah bayaran (DuitNow, Touch n Go, tunai).
- 02
Jana dan pratonton
Lihat resit profesional terus. PNG tanpa daftar; simpan untuk nombor rasmi.
- 03
Hantar dan simpan
Kongsi PDF atau PNG ke WhatsApp; rekod tersimpan dalam akaun anda.
Panduan penuh: cara buat resit online
Kalau beralih ke Resit Online
Resit siap dalam 5 saat
Isi maklumat, klik, dan resit terus siap. Tak perlu tulis tangan lagi.
Format profesional
Resit rasmi sesuai untuk yuran, sewa, kutipan kelab dan rekod pejabat.
PDF dan PNG ke WhatsApp
Muat turun PDF atau kongsi PNG terus. Pratonton PNG tanpa daftar.
Diskaun, SST dan rekod LHDN
Kira diskaun dan SST automatik; simpan rekod untuk 7 tahun.
Sesuai untuk organisasi anda
Kalau anda terima bayaran, Resit Online sesuai.
- Persatuan penduduk
- PIBG / sekolah
- Kelab dan koperasi
- Homestay
- Rumah sewa
- Kedai dan bengkel
- Masjid / surau
- Jabatan / agensi
Apa kata pengguna kami
“Sangat mudah untuk digunakan dan boleh dibawa ke mana-mana. Kami guna Resit Online secara mobile untuk mengutip yuran pengajian kelas di merata lokasi.”
Al Farhan Pengurus, Kibar Management “Dengan menggunakan Resit Online kami dapat menjimatkan 50% tenaga dan masa, kami terus dapat informasi daripada bayaran yuran.”
Ustaz Rusdi Alias Pengarah Urusan, Akademi Bahasa Arab Hud Hud “Apps Resit Online banyak membantu persatuan mengutip yuran, khasnya AJK yang bertugas. Pembayaran dipantau melalui dashboard.”
Muhamad Zaman Persatuan Penduduk Taman Serai Wangi 4, Kedah “Alhamdulillah, sangat membantu dan memudahkan urusan pengkeranian dan yuran kami di SRITI.”
Ainul Lutfi SRITI, Sepang Sistem resit online untuk organisasi Malaysia
Resit Online ialah generator e-resit untuk peniaga, persatuan, kelab, sekolah, PIBG dan agensi di Malaysia. Anda boleh buat resit online dengan format profesional, muat turun PDF atau PNG ke WhatsApp, rekod DuitNow dan Touch 'n Go, serta simpan setiap rekod untuk audit LHDN, tanpa buku resit manual atau templat resit Excel yang menyusahkan.
Mula dengan resit online percuma tanpa kad kredit. Rujuk cara buat resit sendiri, lihat contoh resit bayaran, atau urus aliran sebut harga dan invois online sebelum bayaran masuk.
Sistem ini sesuai untuk pelbagai industri, daripada resit homestay dan resit sewa rumah ke resit kedai makan dan resit bengkel kereta. Untuk dokumen perniagaan lain, lihat panduan payment voucher, delivery order dan purchase order, atau fahami beza invois dan resit.
Resit untuk setiap industri
Contoh resit dan templat siap pakai mengikut aktiviti anda.
Soalan lazim tentang resit online
Macam mana nak buat resit online?
Isi nama kedai, pelanggan dan jumlah pada borang di laman ini. Muat turun PNG tanpa daftar, atau jana resit bernombor selepas log masuk. Hantar PDF atau PNG ke WhatsApp.
Boleh buat resit online percuma?
Ya. Anda boleh mula buat resit online percuma tanpa kad kredit. Pratonton PNG tanpa daftar; daftar hanya untuk nombor rasmi dan simpan rekod.
Resit nampak profesional ke?
Ya. Format rasmi dengan nombor resit, sesuai untuk yuran, kutipan persatuan, sewa dan rekod pejabat. Mudah dihantar PDF atau PNG ke WhatsApp.
Boleh hantar resit terus ke WhatsApp?
Boleh. Muat turun PNG atau PDF dan hantar terus melalui WhatsApp atau e-mel. Pelanggan terima bukti bayaran serta-merta.
Resit Online sesuai untuk siapa?
Sesuai untuk mana-mana organisasi yang mengutip bayaran: peniaga, persatuan, kelab, PIBG, sekolah, KAFA, masjid, koperasi, homestay dan agensi kerajaan.
Apa beza invois dan resit?
Invois ialah permintaan bayaran sebelum pelanggan membayar. Resit ialah bukti bayaran selepas bayar. Lihat halaman invois dan sebut harga untuk aliran penuh.
Berapa lama resit perlu disimpan untuk LHDN?
Rekod perniagaan dan resit perlu disimpan selama 7 tahun mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 (Seksyen 82). Resit digital memudahkan penyimpanan dan carian rekod.
Berhenti tulis resit manual hari ini
Sertai peniaga, persatuan, kelab dan agensi yang sudah beralih ke Resit Online.
Tanpa kad kredit · PNG tanpa daftar · Resit profesional